SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut terhias diwajah
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah

Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakrapan

Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba shaya
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan dihari bahagia

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 2010 KEPADA SEMUA WARGA SKRP.....
MAAF ZAHIR & BATIN
Read More..

Latihan Kebakaran

Read More..

Minggu Bahasa

Read More..

Kenduri Sambut Ramadhan

Read More..

Majlis Bacaan Yasin

Read More..

Bengkel Teknik Menjawab Soalan BM UPSR 2010

Guru Besar/Pengetua

Sekolah Kebangsaan

Sekolah Model Khas Baling

Tuan.

Sukacita dimaklumkan bahawa bengkel teknik menjawab soalan BM UPSR akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Zon SIk- 1 / 8/2010 -2.00 petang - PKG Sik

Zon Baling,Kuala Pegang& Kuala Ketil- 2/ 8 / 2010 -2.00 petang - PKG Kuala Pegang

Dipohon kerjasama tuan menghantar seorang guru yang mengajar Bahasa Malaysia Tahun 6atau seorang guru tahap 2 untuk hadir bengkel tersebut.

Sekian,terima kasih.

Read More..

Bengkel Teknik Menjawab Soalan Bahasa Inggeris UPSR 2010

Guru Besar/Pengetua

SK/SJKC/SJKT

Sekolah Model Khas Baling

Tuan,

Sukacita dimaklumkan bahawa bengkel teknik menjawab soalan BI UPSR akan diadakan seperti berikut :

Zon Baling ,Kuala Pegang & Kuala Ketil - 3 Ogos 2010 -2.00 ptg. di PKG Kuala Pegang

Zon Sik - 9 Ogos 2010 -2.00 ptg. di PKG Sik

2. Seorang guru Bahasa Inggeris yang mengajar Tahun 6 atau tahap 2 daripada sekolah tuan dipohon hadir bengkel tersebut.

Sekian,terima kasih.

Read More..

Maklumat Murid Tahun Satu 2010

Guru Besar

Sekolah Daerah Baling Sik.

Tuan mohon muat turun borang maklumat Murid Tahun Satu dan kemas kini.Sila hantar ke JPN dalam bentuk softcopy ke alamat prasekolahjpnkedah@yahoo.com pada atau sebelum 10/8/2010 dan hardcopy ke PPD Baling Sik u.p Penyelia Rendah.Kerjasama tuan didahului dgn ucapan terima kasih.
Read More..

PENDAFTARAN PEPERIKSAAN PTK SESI OKTOBER 2010

Unit Peperiksaan

Tuan Pengetua/Guru Besar

Sukacita dimaklumkan bahawa Pendaftaran Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) Sesi Oktober 2010 akan dibuka mulai 22 Julai 2010.

Sehubungan itu, tuan/puan dipohon untuk mendapatkan bahan peperiksan/buku panduan peperiksaan PTK Sesi Okt. di Unit Peperiksaan PPD Baling Sik mulai 11 Julai 2010.

Sila gunakan Perisian Pendaftaran PTK (Sekolah) Versi 8 untuk mendaftar calon. Perisian ini boleh didapati di alamat berikut: www.mpm.edu.my/perisian

Sekian, terima kasih.

UNIT PEPERIKSAAN.
Read More..

Pesta Buah-buahan SK Rambong Pulai

Read More..
 
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis | Hak Cipta| Pembangun Blog
Copyright © 2009 SKRP | Designed by SKRP

Sesuai dipaparkan menggunakan semua jenis laman internet dan semua jenis platform