Sejarah SKRP

Masalah pendidikan anak-anak peringkat awal dalam tahun lima puluhan telah mendorong penduduk Kampong Rambong Pulai untuk mengadakan kelas-kelas pengajian peringkat asas. Dengan azam dan semangat yang kuat, hasrat ini tercapai pada 28 Disember 1953 apabila sebuah kelas pengajian mula diwujudkan di balai lintang Masjid Kampong Rambong Pulai. Anak-anak kampung ini ditempatkan belajar di kelas ini . Guru-guru yang mengajar di kelas ini adalah secara sukarela. Berikutan keperluan yang mendesak, penduduk kampung ini mula menyedari pentingnya sebuah sekolah untuk menempatkan anak-anak mereka supaya dapat belajar dengan lebih sempurna. Akhirnya, usaha-usaha telah dijalankan untuk mendirikan sebuah sekolah . Dengan penuh azam dan semangat kerjasama, penduduk-penduduk kampung dan tokoh-tokoh kampung yang berpengaruh telah menubuhkan sebuah tabung bagi merealisasikan pembinaan sekolah tersebut. Kutipan derma telah dijalankan.

Pelbagai cara kutipan derma diadakan. Diantaranya ialah : a) Kutipan hasil jualan getah untuk sehari dalam setiap sebulan b) Kutipan padi c) Kutipan Zakat Fitrah Senarai penderma yang paling banyak menderma ialah 1. Hj. Che Mee bin Jamal 2. Hj. Ismail bin Sulaiman 3. Md. Noh bin Idris.


Hasil dari kutipan derma, sebidang tanah seluas 4 relong berjaya dibeli dengan harga RM 1000 sebagai tapak pembinaan sekolah. Wang selebihnya sebanyak RM 3 722.15 digunakan untuk membina sekolah. Sekolah itu dinamakan “Sekolah Rakyat Kampong Rambong” Sekolah ini mula digunakan pada 10.12.1957 dengan jumlah pelajar seramai 60 orang. Guru-gurunya pula seramai 3 orang iaitu : Husain bin Hj. Mahmud - Guru Besar Abu Hassan bin Md. Noh – Guru Penolong Ramli bin Md. Diah – Guru Agama Setiap murid dikenakan yuran sebanyak RM 1.00 setiap bulan. Kutipan yuran digunakan untuk membayar elaun guru sebanyak RM 30.00 seorang sebulan. Mulai tahun 1961 sekolah ini telah diambilalih oleh kerajaan sebagai sekolah separuh bantuan. Gaji guru-guru telah dibayar oleh kerajaan iaitu kira-kira RM 55.00 setiap orang. Pada 03 Jun 1968 sekolah ini telah diisytihar kan sebagai sekolah bantuan penuh kerajaan berkuatkuasa mulai 01 Julai 1968. Sekolah ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat En. Mohamad Khir bin Johari (Menteri Pelajaran ketika itu) pada 03 Jun 1968.

1 ulasan:

learn lighting berkata...

Assalamualaikum semua,
Sedekah Alfatehah kepada semua yang telah berjasa.. peristiwa perasmian 1968,saya baru 6 tahun,ada sedikit bayangan yang dingati.
SKR 1969-1973,1974 berpindah sekolah.
Terima kasih Semua

Catat Ulasan

 
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis | Hak Cipta| Pembangun Blog
Copyright © 2009 SKRP | Designed by SKRP

Sesuai dipaparkan menggunakan semua jenis laman internet dan semua jenis platform