Ufuk Minda Guru Besar

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera...

Bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin Nya, saya dapat menyampaikan sepatah dua kata dalam blog SKRP.

Keupayaan dan kejayaan dalam menerbitkan blog ini bukanlah hanya sebagai wadah kepada sekolah untuk merakamkan rentetan sejarah dan peristiwa yang berlaku dari masa ke masa, malah menjadi wacana kepada warga sekolah yang sentiada berusaha, kreatif, mampu meluahkan idea dengan cara yang tepat dan mempunyai daya saing yang tinggi. Diharapkan ia akan menjadi asas kepada pembinaan modal insan yang mempunyai keiltizam yang tinggi untuk menghadapi persaingan global di samping tidak meninggalkan nilai-nilai murni bagi membentuk insane yang cemerlang dan bersahsiah tinggi.

Sebagai pemudahcara yang diamanahkan dalam menerajui sekolah ini, saya amat berbangga dengan kejayaan dan pencapaian warga sekolah dalam semua bidang berkat kerjasama yang terjalin di kalangan semua warga sekolah.

Suka saya mengingatkan, jangan kita cepat berpuas hati dengan pencapaian kita sekarang. Terokailah dan teruskan kecermelangan sehingga kita mencapai visi dan misi sekolah yang masih jauh untuk kita capai. Dengan semangat yang tinggi, saya percaya warga SKRP telah bersedia untuk meningkatkan lagi kecermelangan sekolah sesuai dengan prinsip dan moto sekolah "SKRP NO.1"


Pn.Habsah binti Che Nai
Guru Besar SK Rambong Pulai,
09200 Kupang Baling,
Kedah Darul Aman.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis | Hak Cipta| Pembangun Blog
Copyright © 2009 SKRP | Designed by SKRP

Sesuai dipaparkan menggunakan semua jenis laman internet dan semua jenis platform