WALAUPUN pendidikan inklusif diwartakan dalam Akta Pendidikan 1996 (1998) sedekad lalu, negara masih jauh untuk mencapai hasrat mewujudkan suasana sekolah memenuhi keperluan pembelajaran semua pelajar tanpa membezakan ciri peribadi dan latar belakang.
Pensyarah Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Datuk Dr Zalizan Mohd Jelas, berkata antara contoh ketara ialah apabila pendidik dan pembuat dasar tidak yakin terhadap penempatan pelajar Keperluan Pendidikan Khas (KPK) di kelas biasa dalam sistem sekolah perdana.
Sebaliknya, katanya, pelajar KPK dididik secara berasingan dalam kelas khas di sekolah biasa atau sekolah khas mengikut kategori ketidakupayaan mereka, selain sebahagian pelajar masalah pendengaran dan penglihatan ditempatkan dalam program integrasi.
“Dasar pendidikan inklusif tidak terhad kepada pelajar KPK saja, sebaliknya merangkumi faktor jantina, etnik, tempat tinggal, keupayaan atau ketidakupayaan, pendapatan keluarga dan pencapaian.
“Walaupun dasar inisiatif pendidikan inklusif diwujudkan di negara ini, masih timbul amalan bercanggah dengan semangat deklarasi yang memperjuangkan hak serta peluang pendidikan sama bagi semua warga negara termasuk orang kurang upaya, terutama format kelas khas berasingan yang dominan dalam pendidikan khas negara.
“Pengasingan kanak-kanak dan remaja kurang upaya daripada sistem pendidikan perdana akan menyebabkan mereka hilang peluang untuk terus membangun, terutama akses kepada latihan vokasional dan pekerjaan, seterusnya menghalang mereka berdikari dari segi ekonomi dan sosial,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan syarahan perdana sempena pengukuhan jawatan profesor bertajuk Pendidikan Inklusif dan Pelajar Berkeperluan Khas.
Sejak awal 1980-an, Dr Zalizan berkata, negara maju termasuk Amerika Syarikat tidak lagi menggunakan kelas khas untuk pendidikan pelajar KPK kerana tiada bukti menyokong keberkesanan pendidikan khas secara program, sebaliknya melaksanakan pendekatan lebih inklusif menerusi gerakan Regular Education Inisiative.

0 ulasan:
Catat Ulasan